Powered by Bravenet Bravenet Blog

15-2-2008

6:58 AM (1556 days, 17h, 28min ago)

7. Was Was Boleh Rosakkan Iman

http://shinko.wordpress.com
 
Disebabkan gangguan makhluk halus al-Khannas
Was was boleh rosakkan iman
Oleh PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa', Bangi.
 
RAMAI pembaca meminta saya menjawab mengenai masalah was-was. Justeru itu kali ini saya menulis rencana khusus untuk membincangkan masalah tersebut serta kaedah rawatannya menurut cara Islam.
 
Penyakit was-was adalah antara penyakit yang paling serius dan ada kalanya akan mencapai tahap yang kronik.
 
Pada tahap ini penghidapnya akan kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi memandangkan keadaan diri mereka yang teruk. Was-was adalah serangan penyakit hati yang melanda manusia melalui saluran gangguan makhluk yang disebut Allah sebagai al-Khannas seperti yang tertera dalam surah an-Nas.
 
Surah ini memberi erti yang umum iaitu;
 
"Katakanlah pada manusia, aku mohon perlindungan dengan Tuhan yang menjadikan manusia, raja yang benar-benar menguasai manusia, Tuhan yang sebenar-benarnya disembah oleh manusia. (Aku pohon jauhkan) daripada segala kejahatan was-was yang berpunca daripada al-Khannas iaitu angkara perbuatan jin dan manusia."
 
Ayat ini adalah ayat muhkam dan bukan ayat mutasyabih.
 
Maksud ayat muhkam ialah ayat yang memberi erti yang jelas dan boleh difahami secara terang-terang tanpa memerlukan kepada takwil (meletakkan erti baru sebagai tafsiran).
 
Muhkam juga ialah ayat yang kemas dan jelas maknanya.
 
Ayat dalam surah an-Nas ini memberi penerangan dengan fakta yang amat jelas tentang kewujudan ' penyakit was-was dan fenomenanya. Penyakit ini diberitahu oleh Allah sebagai berpunca daripada Khannas yang diperjelaskan lagi sebagai berpunca daripada perbuatan jin (jinnah) dan juga manusia.
 
Peranan jin dalam menimbulkan gejala penyakit was-was ini ialah membisikkan dalam hati manusia sesuatu yang tidak benar hingga mempengaruhi manusia untuk mempercayai perkara tersebut sebagai sesuatu yang benar.
 
Dengan kata lain, manusia dipengaruhi oleh bisikan itu untuk menimbulkan kekeliruan dan akhirnya menerima hakikat sesuatu perkara yang benar sebagai tidak benar. Pada satu tahap yang paling berbahaya, serangan was-was ini membuatkan manusia ragu akan keimanannya pada Allah.Jin tersebut juga akan membisikkan hasutan-hasu-tan liar hingga manusia meragui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Lama-kelamaan penyakit was-was akan merosakkan pegangan iman manusia kepada rukun iman yang lain termasuk keyakinan kepada al-Quran.
 
Pada satu peringkat, jin yang menghasut dan mengabui pemikiran dan perasaan manusia itu akan menggoncang perasaan dan keyakinan iman manusia hingga solatnya terganggu. Perkara ini perlu diawasi dengan penuh teliti kerana sedikit demi sedikit jin tersebut akan menghancurkan keyakinan manusia pada ibadah-ibadah lain.
 
Gangguan jin tersebut dalam menimbulkan serangan penyakit was was yang kronik ialah ketika manusia mengambil wuduk dan kemudian ketika melafazkan niat untuk bersolat.
 
Gangguan tersebut bertujuan untuk menghilangkan konsentrasi ibadat hingga membuatkan mereka yang bersolat merasa ragu-ragu mengenai jumlah rakaat yang dilakukannya. Begitu juga dengan bilangan yang mereka lakukan ketika mengambil wuduk.
 
Namun masalah yang paling kerap berlaku dalam serangan penyakit was-was ini ialah terjebak dalam satu situasi di mana hati tidak tenteram dan sentiasa berpandangan negatif.
 
Mereka yang terhasut biasanya memandang dunia ini sebagai kotor. Apa saja yang mereka sentuh, terutama barang-barang yang dipegang oleh orang kafir, memerlukan samak. Samak ialah menyucikan apa saja yang berkaitan dengan sentuhan atau jilatan anjing dan babi dengan tujuh kali basuhan, termasuk sekali dengan air tanah.Orang yang terganggu dengan penyakit merasa semuanya kotor ini akan merasa tenteram sedikit apabila mereka sudah melakukan samak. Namun pada tahap yang serius mereka yang diserang penyakit ini akan menyamak semua barang-barang yang dibeli di pasar termasuk ikan dan sayuran.
 
Mereka menyamak sebelum memasak kerana merasakan barang-barang itu kotor kerana disentuh oleh orang kafir. Malah ada kalanya penghidap yang lebih serius akan menyamak barang-barang lain termasuk pakaian, perabot, pisau, sudu dan barangan elektrik yang dibeli kerana merasa adanya kekotoran. Mereka terhasut untuk percaya bahawa semua benda-benda itu sudah terkena najis mughallazah (najis berat).
 
Saya pernah merawat orang yang terkena penyakit ini dan bertanya kepada mereka, sama ada mereka menyamak semua barang-barang yang mereka ragui kebersihannya.
 
Kalau mereka boleh menyamak ikan dan perabot, apakah mereka juga menyamak gula, kopi dan rencah minuman lain yang mungkin kedudukannya sama dengan barang-barang lain mengikut pandangan mereka.
 
Biasanya mereka terperanjat dan merasa malu lalu menjawab bahawa mereka tidak menyamak benda-benda itu walaupun mereka memakannya.
 
Saya menjerat mereka dengan berkata, kalau yang lain mereka samak kerana keyakinan bahawa benda tersebut kotor, maka adalah wajar mereka menyamak kopi dan gula.
 
Di situlah saya melihat ada perubahan dan kesedaran yang boleh membawa pembaharuan kepada mekanisme pemikiran mereka yang berpenyakit was-was ini.
Saya mahu menyedarkan mereka bahawa menyamak ikan, sayur, perabot dan perkakas elektrik adalah perbuatan yang tidak rasional dan mereka adalah penghidap penyakit was-was.
 
Mereka melakukan perkara-perkara yang tidak dituntut dalam suruhan agama.
 
Mereka melakukannya kerana berpandukan kepada perasaan was-was yang mengganggu pemikiran dan perasaan mereka. Kalau mereka melakukan perkara tersebut kerana mereka yakin itu adalah suruhan agama maka mereka juga perlu menyamak kopi dan gula. Tetapi kerana berpandukan kepada was-was, maka amalan mereka terpesong daripada suruhan agama.
 
Perbuatan menyamak seperti itu bukanlah hukum kerana syariat tidak. diperintahkan Allah untuk tujuan membebankan umat Islam.
 
• Minggu depan Dr. Haron Din menulis mengenai kaedah merawat penyakit was-was menurut Islam.
 
 
SOALAN:
 
BAGAIMANAKAH cara untuk merawat penyakit resdung di bahagian muka mengikut kaedah yang disarankan oleh Darussyifa'? - ZAHARI ZAKARIA, Seremban, Negeri Sembilan.
 
JAWAPAN:
RESDUNG adalah penyakit yang biasanya menyerang bahagian rongga hidung dan mata manusia yang membuatkan pesakitnya menderita rasa gatal-gatal di luar bahagian kulit dan rongga dalam bahagian tersebut.
 
Hidung akan mudah berair dan begitu juga pada bahagian mata. Malah kalau serangannya serius, pesakit akan merasa sakit di kedua-dua bahagian muka yang terkena resdung itu.Untuk rawatan penyakit ini ubat-ubatan moden juga mempunyai keberkesanannya tetapi kalau ingin mencuba cara petua tradisional dan mengamalkan bacaan doa, ikutilah kaedah ini.
 
Carilah akar mengkunyit iaitu akar sejenis tumbuhan hut an yang mempunyai akar berwvarna kuning seperti kunyit kuning.
 
Tetapi ia bukan daripada pokok kunyit. Pokok ini biasanya diketahui oleh mereka yang mempunyai pengalaman memasuki hutan dan kenal jenis-jenis tumbuhan yang boleh dibuat ubat.
 
Akar mengkunyit ini dikeringkan dan kemudian dibakar untuk disedut asapnya melalui rongga hidung. Amalkan menyedut asapnya sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang.                                      
 
Lakukanlah amalan ini hingga rasa gatal gatal di bahagian-bahagian terbabit hilang dengan sendirinya. Amalkan juga bacaan al-Fatihah dan selawat Syifa' sebanyak tujuh kali setiap kali melakukan rawatan, Insya-Allah akan sembuh.
 
Mingguan Malaysia 19 Februari 2007
 
-- (0) ^ (0) --
 
Perhatian:
Semakin tinggi keyakinan dan amalan seseorang  dengan bacaan tersebut (al-Quran) maka semakin berkesan rawatannya.
 
* kesemua image adalah atas usaha pemilik blog ini sendiri
 
 
<<<<<<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>>>>>>
** catatan
  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:
Penulis:    Prof. Haron Din
Terbitan asal: Mingguan Malaysia Ahad  19 Januari 1995
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/

2008 ® Hak cipta Selebet International ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
3 komen.

Posted by Mohd Hafiz Hafaz, Johor.:

Bagaimana cara nak menghilangkan serta mengurangkan jerawat bersama parutnya?
Terutama cara tradisional...
27-4-2009 @ 1:51 AM (1119 days, 23h, 34min ago)

Posted by insan yg lemah:

"• Minggu depan Dr. Haron Din menulis mengenai kaedah merawat penyakit was-was menurut Islam."

salam ustaz..
kat mne erk artikel ttg cre2 mrwt pnykt was2 ni mnurut Islam?
27-4-2009 @ 8:27 AM (1119 days, 16h, 59min ago)

Posted by Nur Aida:

Ibu saya mengalami penyakit was-was yang teruk. Suatu hari, berhadapan rumah jiran, terdapat najis seakan-akan najis anjing. Ibu saya menjadi takut untuk keluar rumah kerana najis tersebut telah dilenyek serta meninggalkan bekas-bekas di atas jalan. Jalan tersebut merupakan laluan keluar masuk kereta ibu saya. Ibu saya menderita dengan penyakit ini. Beliau selalu menjerit, menangis dan murung mengenai perkara ini.

Justeru, mohon pertolongan Ustaz Harun mengenai perkara ini dan langkah-langkah menghadapinya.

Wassalam

Jawab Wagiman
Assalamualaikum. Utk pengetahuan sdr Nur Aida, sy bukan Ustz Harun. SY telah perjelaskan banyak kali. Ada baiknya sdri membawa ibu berjumpa doktor, sebenarnya persepsi org Melayu ini yg menyukarkan proses mengatasi masalah ini. Di hospital, ada banyak ubat2an disamping sesi kaunseling yg akan dicadangkan, paling tidak ianya mampu mengendurkan sedikit tekanan sakit ini. Utk berjumpa dengan ustz Harun Din, sdri bolehlah datang ke Darusshifa di Bangi, sy ada link kan alamatnya di pautan disebelah kiri blog. Klik pd Rawatan Alternatif dan ada banyak alamat berkaitan disitu.

This comment has been moderated by the blog owner

26-11-2011 @ 11:43 PM (176 days, 0h, 43min ago)

Post New Comment

No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see